Assalammualaikum...
Dah lame aku x hapdate blog.. Busy dgn persiapan perkahwinan.. Alhamdulilah.. Perkahwinan kami dh menghampiri 3 bulan.. Semoga jodoh ini berkekalan hingga ke jannah.. Amin.. :)
Untuk update kali ni, just nak share ngan u ols, my special day.. Sedih bila sampai saat abah mewalikan aku.. abah menikahkan aku.. Tp dlm masa yg sama masih gembira, sbb akhirnya aku temui insan yg jujur menyayangi & mengasihi aku seadanya.. Beliau kini menjadi suamiku ABDULLAH BIN ABD KARIM..
Bercerita tentang persiapan kahwin, memang sesuatu yg memenatkan.. Tp what a relief bila selesai semuanya.. Majlis sebelah perempuan & sebelah lelaki hanya berselang hari.. Dengan outdoor nye lg.. Kami diduga saat kami nak disatukan.. Adk ipar (arwah) berada dlm keadaan koma.. Mana menguruskan hal kami yg nk kawin lg, ulang alik hospital.. Aku kagum dengan kekuatan & ketabahan keluarga mertua.. Mak abah plak setiap minggu sanggup naik KL utk selesaikan apa sahaja yg perlu.. Terima kasih mak abah.. Bercerita tentang sumbangan, aku berterima kasih sgt2 pd abang2, kakak ipar & adik2 aku yg sudi bertungkus lumus merealisasikan majlis impian aku.. Hanya Allah S.W.T yg mampu membalasnya..
Selang 2 minggu selepas selesai majlis kami, kami menerima khabar hiba, adk iparku pergi meninggalkan kami semua.. Setelah bertarung nyawa selama 44hari.. Dalam 2 minggu tu gak, Allah S.W.T bagi aku peluang utk sama2 jaga adk iparku.. Walaupun kepenatan, ku gagahkan kerana sedar tanggungjawab sang suami terhadap keluarganya.. Demam, batul, selesema jd peneman sepanjang selesai majlis.. Kesihatan tak menentu.. Tp aku mesti kuat..
Kini usia perkahwinan kami bakal mencecah 3 bulan.. Ku harapkan hubungan ini trus kuat & utuh sehingga ke akhirnya.. Dgn segala cabaran & ujian yg pnah kami lalui, kami jdkan sebagai panduan kami utk trus bermuhasabah diri..
Doakan kami segera menimang cahayamata.. Seronok tgk org dukung anak2.. Keletah ank2 buah watkan aku lg tak sabar nak ada zuriat sendiri.. In shaa Allah, permudahkanlah segalanya buat kami ya Allah..
Ok, nk share gmbr kawin, tp tunggulah dulu ekh.. Baru dpt album je.. Nnt dpt sofcopy, aku share ekh.. Ni aku share ckit je dlu.. Hehehe.. L.O.V.E..!